Dapatkan Bekalan Santan Keluaran Bumiputera Terus Ke Rumah Anda

100% Asli. Tanpa Bahan Pengawet, Tanpa Pewarna Dan Perisa Tambahan. Diproses Dari Kelapa Segar.


“Santan segar yang terbaik.”
Sebagai seorang yang berkerjaya, semestinya masa untuk menguruskan rumahtangga menjadi semakin terhad. Dengan adanya penjualan santan segar ini menjadikan kerja-kerja memasak untuk keluarga saya menjadi lebih mudah dan cepat. Dapat jimatkan masa dan tenaga, harga pun tidaklah mahal sangat. Memang best!!

- Pn. Liza, Kerani Swasta



Jangan Mudah Tertipu. Buat Pilihan Dengan Bijak

Santan segar hari ini menjadi antara elemen terpenting dalam masakan seharian masyarakat kita. Tanpa santan, makanan anda seolah-olah kurang rasa dan tidak membuka selera. Walaupun telah muncul banyak jenama santan dalam kotak di pasaran, namun penggunaan santan segar masih tetap menjadi pilihan no. 1 bagi rakyat Malaysia. Pengguna hari ini telah bijak memilih kerana menurut mereka santan segar rasanya lebih lemak dan menjadikan masakan bertambah enak.

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Kami telah beroperasi membekalkan santan segar sejak setahun yang lalu di dalam negeri Melaka. Daripada sebuah perniagaan secara kecil-kecilan, kini kami telah meluaskan perniagaan kami dan telah mendapat tempahan dari majlis-majlis perkahwinan dan keramaian, kantin, restoran dan peniaga-peniaga makanan. Selain dari santan segar, kami juga ada mengeluarkan produk-produk berasaskan kelapa yang lain seperti kelapa parut dan kerisik dengan harga yang berpatutan.



(Video Hiasan - Kami menggunakan mesin yang sama seperti di atas untuk memproses santan keluaran kami)


Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Santan Segar Kami

  • Santan diproses dengan teknologi yang bersih dan segar.
  • Harga yang murah dan berpatutan untuk nilai anda.
  • Santan dihantar terus ke rumah anda.
  • Kami menerima tempahan pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.

  • Kaedah Pemprosesan:

    Produk Yang Kami Sediakan:




    Jadi apa tunggu lagi. Hubungi kami segera untuk mendapatkan santan segar anda.

    “Santan yang segar, Sedap, Mudah dan cepat..”
    Saya mula melanggan santan kelapa segar dari En. Din sejak 2 bulan yang lepas kerana tidak tahan lagi untuk memarut kelapa setiap hari untuk perniagaan nasi lemak saya. Sekarang ini saya tidak perlu bersusah payah lagi kerana santan segar dihantar terus ke rumah saya setiap hari. Pelanggan-pelanggan turut memuji nasi lemak saya. Terima kasih kepada perkhidmatan santan segar ini. Saya Mesti Pilih!!

    - En. Abu, Peniaga Nasi Lemak


    Untuk Tempahan Sila Hubungi:

    013-6275162 (EN. DIN)
    013-6275026 (PN. ITA)

    Taman Jati,
    Batu Berendam,
    Melaka


    Email:



    Salam Hormat,
    Din

    p.s: Tempahan secara banyak adalah bergantung kepada stok bekalan kami. Sila buat tempahan lebih awal jika dalam kuantiti yang banyak.
    No posts.
    No posts.
    Copyright © 2011 Santan Segar Sekitar Negeri Melaka All Rights Reserved.